FAQs

FAQs

Buka Akaun

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun individu?

Pelanggan mesti menyediakan maklumat pengenalan yang penting termasuk salinan kad pengenalan (kad pengenalan atau pasport) dan bukti kediaman (seperti bil elektrik/air, bank atau bil kad kredit) untuk individu dan memuat naik ke dalam laman kami. Charterprime berhak untuk meminta dokumen tambahan. Dalam kes-kes tertentu, salinan dokumen disahkan benar akan diperlukan.
Dokumen-dokumen yang dikemukakan seharusnya dalam bahasa Inggeris, dan jika tidak, dokumen tersebut perlu diterjemah ke dalam bahasa Inggeris serta disahkan oleh Peguam atau Notaris.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun korporat?

Pelanggan mesti menyediakan maklumat pengenalan yang penting termasuk:
1. Perakuan Permerbadanan*
2. Artikel Organisasi*
3. Senarai Pemegang Saham*
4. Senarai Pengarah*
5. Pasport Pemegang Saham**
6. Bukti Kediaman Pemegang Saham**
7. Penyata Bank Syarikat Korporat sebagai Bukti Kediaman
* Dokumen-dokumen tersebut mestilah salinan imbasan original. Selain itu, semua dokumen perlu disahkan (tandatangan dan cop syarikat) oleh Setiausaha Syarikat atau Peguam atau Notaris.
** Jika terdapat lebih daripada seorang pemegang saham, sila mengemukakan salinan kad pengenalan atau pasport, dan bukti kediaman untuk pemegang saham yang lain.
Dokumen-dokumen yang dikemukakan seharusnya dalam bahasa Inggeris, dan jika tidak, dokumen tersebut perlu diterjemah ke dalam bahasa Inggeris serta disahkan oleh Peguam atau Notaris.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuktikan pendudukan kediaman?

Bukti kediaman termasuk bil utiliti, penyata bank atau kad kredit, bil insurans atau surat yang dikeluarkan oleh kerajaan. Tarikh isu dokemen tersebut mestilah dalam jangka masa tiga (3) bulan dari tarikh permohonan akaun, jika tidak, dokumen tersebut tidak diterima sebagai bukti. Charterprime tidak menerima bil dalam talian atau bil telefon mudah alih sebagai bukti kediaman.

Apakah perisian yang diperlukan untuk membuat transaksi dalam akaun?

Pelanggan boleh memuat turun perisian percuma Charterprime's MetaTrader 4. Sila klik link di bawah dan kemudian klik [Memuat turun MT4] butang untuk memuat turun perisian secara rasmi: https://www.charterprime.com/ch/pages/product/platform/mt4.html

Mengapakah saya perlu memuat naik dokumen saya untuk pengesahan akaun?

Untuk memenuhi syarat badan penyelia, ia adalah wajib untuk mengikuti garis panduan, spesifikasi dan proses yang ditubuhkan oleh badan penyelia. Kami sentiasa memastikan bahawa kami mematuhi pihak berkuasa dan badan penyelia berkenaan. Selain itu, Charterprime memastikan semua pelanggan kami boleh berdagang dengan adil kerana misi kami adalah untuk mewujudkan perkongsian jangka panjang dengan setiap pelanggan kami.

Bagaimanakah saya boleh mengemas kini maklumat peribadi saya?

Pelanggan boleh menghantar e-mel kepada enquiry@charterprime.com daripada e-mel yang digunakan semasa pendaftaran untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka. Pelanggan perlu melampirkan dokumen sokongan bersama dengan e-mel, jika perlu (contohnya, bukti pengenalan atau bukti alamat). Sila ambil perhatian bahawa nama pengguna dan asas mata wang akaun perdagangan tidak boleh ditukar selepas akaun telah didaftarkan dan disahkan.

Bolehkah saya membuka dua akaun yang berbeza dengan alamat e-mel yang sama?

Jika pelanggan mahu membuka akaun perdagangan baru dengan nama pengguna yang berbeza, alamat e-mel yang digunakan mestilah berbeza dari akaun yang didaftarkan sebelumnya. SATU nama pengguna hanya boleh digunakan dengan SATU alamat e-mel berdaftar. Walau bagaimanapun, pelanggan dibenarkan untuk membuka sehingga 5 akaun MT4 di bawah nama pengguna yang sama.

Bolehkah saya menggunakan pasport saya atau kad pengenalan sebagai bukti kediaman?

Pasport atau kad pengenalan tidak diterima sebagai bukti kediaman. Hanya dokumen yang dinyatakan di atas diterima dan tarikh dokumen tidak boleh melebihi 3 bulan dari tarikh semasa.

Apakah perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa nama pengguna akaun MT4 dan / atau kata laluan saya?

Jika anda terlupa nama pengguna akaun MT4 anda, menghantar e-mel kepada enquiry@charterprime.com dari e-mel yang anda menggunakan untuk pendaftaran. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak dapat menghantar kata laluan baru jika anda terlupa kata laluan akaun MT4 anda. Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun MT4 anda, sila pergi ke laman web kami dan klik 'Log Masuk', diikuti dengan klik pada pautan 'Lupa Kata Laluan' dan masukkan maklumat yang diperlukan. Jika anda terlupa kedua-dua nama pengguna dan kata laluan, menghantar e-mel kepada kami untuk mendapatkan nama pengguna anda, kemudian ikut prosedur yang dinyatakan di atas untuk mendapatkan kata laluan baru.

Apakah akan berlaku jika akaun saya tidak mempunyai baki wang?

Tidak akan ada isu walaupun akaun anda tiada baki wang untuk masa yang lama.

Apakah akan menyebabkan akaun saya berada dalam keadaan tidak aktif?

Ambil perhatian bahawa akaun nyata yang anda berdaftar dengan Charterprime adalah untuk seumur hidup. Akaun itu tidak akan menjadi tidak aktif walaupun akaun anda tidak aktif untuk masa yang lama. Walau bagaimanapun, jika pasukan kami mendapati bahawa pelanggan kami terlibat dengan mana-mana aktiviti perdagangan yang tidak patut, kami akan menghentikan akaun tersebut dengan segera.

Kadar FOREX

Apakah itu leveraj?

Leveraj dalam kadar FOREX membolehkan pelanggan berdagang dengan modal yang minimum. Leveraj menukarkan setiap dolar ke dalam nisbah yang boleh digunakan. Setiap dolar dalam perdagangan sebenarnya boleh didefinisikan sebagai modal yang menanggung sesuatu risiko. Contohnya, jika anda telah mendepositkan $100 dengan nisbah leverage 1:100, setiap dolar yang telah didepositkan (i.e. margin) adalah berpadanan dengan $100. Apabila $100 ini digunakan sebagai margin dalam kontrak perdagangan, mengikut teori, anda boleh memaksimumkan transaksi sehingga ke $10,000(100x100).

Apakah lot?

Lot adalah unit pengukuran untuk saiz dagangan kontrak. Lot standard biasaannya 100,000 unit. Charterprime menawarkan mikro lot, dengan jumlah paling kecil untuk EURUSD sebagai 0.01 lot atau USD 1,000.

Apakah pip?

Pip didefinisikan sebagai unit yang digunakan untuk mengira kehilangan dan keuntungan. Kebanyakan matawang yang dipasangkan adalah dalam sebut harga matawang standard (kecuali pasangan yen Jepun) dan menggunakan empat tempat perpuluhan. Biasanya, "pip" ialah nombor perpuluhan terakhir, iaitu nombor perpuluhan keempat (kecuali bagi pasangan yen Jepun). Contohnya, jika EUR/USD naik dari 1.4022 ke 1.4027, EUR/USD naik sebanyak 5 "pips".

Mengapakah kadar pertukaran matawang berubah?

Forex didagangkan dalam pasaran terbuka yang tidak berpusat. Nilai matawang turun naik kerana terdapat perubahan bekalan dan permintaan dalam pasaran. Peningkatan bekalan atau penurunan permintaan untuk sesuatu matawang boleh menyebabkan nilai matawang itu jatuh.

Apakah spread yang anda tawarkan?

Kami menawarkan spread yang kompetitif, di samping mengekalkan kecairan yang mendalam untuk saiz perdagangan yang lebih besar. Anda boleh melihat spread yang kami tawarkan di sini.

Apakah leveraj yang anda tawarkan?

Kami menawarkan leveraj dari 50:1 kepada 500:1. Leveraj yang ditawarkan bergantung kepada jenis akaun dan deposit awal anda. Untuk maklumat lanjut, sila hantar e-mel kepada enquiry@charterprime.com, atau hubungi Pengurus Akaun anda.

Platform Dagangan

Apakah platform yang digunakan oleh Charterprime untuk dagangan?

Charterprime menggunakan platform Metatrader 4 yang paling popular untuk menjalani perdagangan. Perisian ini boleh dimuat turun ke dalam komputer, dan pelanggan juga boleh menggunakan aplikasi tersebut dengan Iphone atau Android.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa kata laluan akaun dagangan?

Pertamanya, lawati laman web kami - www.charterprime.com. Kemudian, carilah [Log Masuk] dan klik pada [Lupa Kata Laluan]. Untuk menetapkan semula kata laluan, sila masukkan ID pengguna anda dan emel yang didaftarkan dengan Charterprime. Kemudian, sila masukkan kata laluan baru. Maklumat yang berkenaan akan dihantar kepada emel anda dalam sistem Charterprime.

Bagaimana cara memasang platform dagangan MT4 ke dalam telefon bimbit atau tablet komputer saya?

Anda boleh memuat turun aplikasi MT4 ke dalam telefon bimbit atau tablet anda dari Google Play Store atau Apple Store. Ia boleh digunakan untuk mengurus akaun, dan juga digunakan untuk menganalisis data. Kini, perisian dagangan MT4 boleh diakses oleh kebanyakkan telefon dan komputer dalam pasaran. Untuk memuat turun aplikasi MT4, sila mengunjungi stor aplikasi telefon anda.

Adakah anda mengenakan sebarang komisen untuk spread?

Kami tidak mengenakan sebarang komisen ke atas Akaun Variable kami. Walau bagaimanapun, terdapat caj komisen $8USD bagi setiap lot untuk Akaun ECN kami.

Apakah itu swap?

Swap adalah jumlah yang akan dibayar atau dicaj kepada akaun pelanggan yang mempunyai dan mengekalkan posisi terbuka dalam forex untuk semalaman.

Di manakah boleh saya mendapatkan maklumat tentang kadar swap?

Pelanggan boleh mendapatkan kadar swap daripada platform MT4 mereka. Pertamanya, klik kanan pada mouse atas mana-mana pasangan matawang dalam panel market watch. Kemudian, klik pada 'Simbol' dan seterusnya, klik pada pasangan matawang yang anda ingin lihat kadar swap. Klik 'Properties' untuk melihat kadar swap pendek dan panjang.

Apakah margin? Bagaimana cara untuk mengira margin yang diperlukan?

Margin adalah deposit oleh seorang pelanggan yang diletakkan sebagai cagaran untuk memegang kedudukan terbuka. Pendek kata, margin digunakan untuk memegang kedudukan terbuka dan amaun margin akan ditentukan oleh saiz perdagangan. Apabila saiz perdagangan menaik, keperluan margin juga akan meningkat kerana margin yang diperlukan/margin yang digunakan adalah dikira seperti berikut: Bilangan Lot * Saiz Kontrak / Leveraj. Sila ambil perhatian bahawa margin yang diperlukan berbeza mengikut produk dan produk seperti CFD, emas dan perak mungkin memerlukan margin yang lebih tinggi. Untuk maklumat yang lanjut, sila klik di sini.

Apakah polisi panggilan margin dan polisi stop out anda?

Charterprime melaksanakan panggilan margin secara langsung dan secara automatik. Akaun anda akan menerima panggilan margin melalui notis pada platform MT4 yang memberitahu pelanggan bahawa akaun tersebut menghampiri tahap panggilan margin. Stop out akan dilaksanakan apabila ekuiti jatuh kepada atau di bawah tahap stop out. Posisi anda akan ditutup satu demi satu pada harga pasaran untuk mengelakkan akaun anda daripada mempunyai baki negatif. Sila ambil perhatian bahawa margin bukanlah bayaran atau kos transaksi anda. Ia merupakan sebahagian daripada ekuiti akaun anda yang diketepikan dan diperuntukkan sebagai deposit/margin demi melindungi kepentingan pelanggan dan syarikat kami.

Apakah itu stop loss?

Stop Loss/Stop Order adalah untuk mengurangkan risiko apabila perdagangan anda mula menuju ke arah yang tidak memberangsangkan. Posisi tersebut akan ditutup secara automatik apabila harga mencapai tahap tertentu yang ditetapkan oleh pedagang. Sila ambil perhatian bahawa apabila pasaran tidak menentu atau tidak cair, pesanan henti rugi (stop loss) anda mungkin tidak dapat dilaksanakan pada harga yang anda inginkan dan perdagangan tersebut akan dilaksanakan pada harga seterusnya yang terbaik.

Apakah itu take profit?

Take Profit Order adalah untuk menutup kedudukan terbuka bagi memperolehi keuntungan apabila harga telah mencapai tahap harga yang dikehendaki oleh peniaga. Take Profit Level (tahap peroleh keuntungan) boleh dilakukan ketika membuat suatu pesanan perdagangan pada platform MT4 kami, atau selepas pesanan perdagangan dilaksanakan.

Apakah itu pending order?

Pesanan dagangan tertunda adalah pesanan untuk membeli atau menjual pada harga tertentu. Terdapat empat jenis pesanan dagangan tertunda, termasuk pesanan Buy Limit, Sell Limit, Buy Stop dan Sell Stop. Pesanan Buy Limit dan Sell Stop akan dilaksanakan apabila harga pasaran mencapai atau jatuh lebih rendah daripada harga had / henti, manakala pesanan Sell Limit dan Buy Stop akan dilaksanakan apabila harga pasaran mencapai atau naik lebih tinggi daripada harga had / henti. Pesanan dagangan tertunda boleh dibuka / dibatalkan oleh pelanggan pada platform MT4 semasa waktu dagangan.

Bolehkah saya mengubah leveraj saya?

Ya, anda boleh. Sila hantar e-mel kepada enquiry@charterprime.com dan membuat permohonan untuk menukar leveraj anda. Leveraj tidak boleh diubah jika akaun anda mempunyai kedudukan / posisi terbuka.

Pembiayaan Akaun

Apakah yang patut saya tahu sebelum membuat deposit?

Charterprime memudahkan deposit pelbagai jenis matawang melalui beberapa saluran. Terdapat pelbagai cara untuk deposit ke dalam akaun anda, seperti yang digariskan dalam halaman CRM [Deposit]. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan kaedah Deposit, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami atau Pengurus Akaun anda.

Adakah yuran transaksi dikenakan atas deposit saya?

Charterprime tidak mengenakan yuran transaksi ke atas deposit anda. Namun begitu, bank atau pihak perkhidmatan anda mungkin akan mengenakan surcaj untuk perkhidmatan mereka. Untuk penjelasan mengenai yuran atau caj-caj tertentu, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami atau Pengurus Akaun anda.

Adakah terdapat keperluan minimum untuk membuka akaun dengan Charterprime?

Charterprime menetapkan USD 100 sebagai deposit awal minimum untuk membuka akaun. Sila ambil perhatian ketika membuat deposit bahawa jumlah pengeluaran minimum adalah USD 200.

Bagaimana cara membuat deposit?

Charterprime membolehkan anda membuat deposit ke dalam akaun anda melalui beberapa cara. Sila lawati [Deposit] di Kawasan Ahli laman web kami untuk mendapatkan gambaran keseluruhan dan arahan yang lengkap.

Bagaimana cara membuat pengeluaran?

Untuk pengeluaran wang, anda dikehendaki mengemukakan permohonan untuk pengeluaran. Anda perlu log masuk ke Kawasan Ahli dan mengisi semua maklumat yang diperlukan pada lajur [Pengeluaran]. Sila ambil perhatian bahawa jumlah pengeluaran bagi setiap transaksi mestilah sekurang-kurangnya USD 200. Charterprime akan mengenakan bayaran USD 40 bagi setiap pengeluaran yang dilakukan. Jika dana di dalam akaun anda tidak mencukupi, permohonan pengeluaran anda akan ditolak.

Apakah matawang yang akan akaun saya gunakan? Di manakah boleh saya membuat deposit ke dalam akaun perdagangan MT4 saya?

Kini, kami menawarkan USD, AUD dan EUR sebagai matawang asas akaun pelanggan kami. Sekiranya deposit anda dibuat dengan matawang selain daripada matawang yang dinyatakan di atas melalui mana-mana gerbang pembayaran rasmi kami (Neteller, Skrill dan lain-lain), dana anda akan ditukar kepada matawang asas akaun anda secara automatik, mengikut kadar pertukaran semasa.

Bolehkah saya membuat pengeluaran sekiranya saya mempunyai posisi / kedudukan terbuka?

Selagi margin yang boleh digunakan adalah lebih daripada amaun yang dinyatakan dalam panduan pengeluaran kami, permohonan pengeluaran wang anda boleh diproses. Jika tidak, sistem kami tidak dapat menerima permintaan anda. Sila ambil perhatian bahawa kredit bonus dalam akaun anda akan ditarik balik dan ditolak daripada ekuiti anda ketika membuat pengeluaran.

Berapa lama masa yang diambil untuk memproses permohonan pengeluaran?

Kami akan memproses permintaan anda dalam masa 24 jam. Sila ambil perhatian bahawa kami mempunyai beberapa cara pengeluaran yang mungkin mengambil masa 72 jam, bergantung kepada pihak bank anda. Anda mungkin menerima wang lebih lewat atau lebih awal daripada masa tersebut. Sila ambil perhatian setiap permohonan pengeluaran akan ditunjukkan dalam Member's Area / kawasan ahli anda untuk rujukan anda. Setelah anda telah memenuhi semua keperluan untuk membuat pengeluaran (sila rujuk kepada Terma & Syarat kami), jumlah pengeluaran akan ditolak daripada akaun MT4 anda dan dipindahkan ke dalam akaun bank anda. Kami ingin mengingatkan bahawa, ia akan mengambil masa 3 hari bekerja (atau kurang) untuk dana sebenar didepositkan ke dalam akaun bank anda walaupun status dalam sistem kami menunjukkan 'Berjaya'. Untuk Telegraphic Transfer (TT), masa yang diambil adalah tertakluk kepada prosedur bank pengantara yang mungkin mengambil masa beberapa hari bekerja untuk mengirim wang kepada anda.

Bolehkah saya memindahkan dana kepada akaun pelanggan yang lain?

Charterprime tidak membenarkan mana-mana permindahan dana daripada pihak ketiga untuk suatu akaun pelanggan. Semua pembiayaan perlu datang daripada akaun bank dengan nama pemegang akaun yang sama dengan nama akaun pelanggan yang didaftarkan dengan CHARTERPRIME. Untuk mencegah aktiviti penggubahan wang haram dan kes-kes penipuan, kami akan hanya menyalurkan dana anda ke dalam akaun perdagangan anda jika nama pemegang akaun bank adalah sama dengan nama akaun pelanggan yang didaftarkan dengan Charterprime.

Bolehkah saya memindahkan dana ke dalam akaun perdagangan MT4 saya yang lain?

Ya, anda boleh. Charterprime membenarkan pelanggan membuka maksimum 5 akaun perdagangan MT4 di bawah nama pengguna yang sama. Dalam kes sebegini, pemindahan dalaman boleh dilaksanakan.

Adakah pengeluaran saya dikenakan caj atau yuran pengeluaran?

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai yuran pengeluaran, sila rujuk kepada laman web kami di www.charterprime.com. Pergi ke 'Akaun', diikuti dengan 'Cara Bayaran'.

Maklumat Syarikat

Adakah Charterprime di bawah mana-mana kawal selia?

Charterprime dikawal selia oleh beberapa negara, termasuk Australian Securities and Investments Commission ASIC (nombor lesen 421210) dan Financial Services Providers New Zealand (nombor lesen 348606) untuk membantu dan melindungi pelabur daripada penipuan kewangan dan lain-lain kelakuan pelaburan yang tidak adil, serta untuk memastikan Legitimasi perkhidmatan kewangan yang disediakan.

Waktu perkhidmatan pelanggan Charterprime?

Pasukan perkhidmatan pelanggan Charterprime tersedia 24/7 dari Isnin hingga Jumaat. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kami di enquiry@charterprime.com dan pasukan akan membalas kepada anda dalam masa 24 jam selepas menerima e-mel atau mesej dalam talian.

Di manakah perbezaan di antara Charterprime dan broker yang lain?

Di samping selamat dan dikawal selia, Charterprime telah mengatur pengurus akaun eksklusif untuk memberikan bantuan profesional kepada pelanggan individu. Di samping itu, Charterprime mempunyai hubungan baik dengan beberapa Liquidity Provider terutama untuk pelanggan untuk mendapat harga yang paling kompetitif.

TOP