A


Aset

Item dengan nilai komersial atau pertukaran. Nilai komersil sesuatu sumber adalah tidak tetap; ia berubah dari semasa ke semasa kerana terdapatnya faktor-faktor yang boleh mempengaruhi bekalan dan permintaan sumber tersebut. Perubahan dalam nilai sumber ini adalah penting dari segi ekonomi dan komersial. Pasaran kewangan menyediakan template yang standard di mana aset boleh ditukar dengan nilai yang ditentukan oleh pasaran, melalui persetujuan peniaga dan broker dalam urus niaga tersebut.

Ask

Harga di mana sesuatu pasangan matawang atau sekuriti ditawarkan untuk dijual. Harga "ask" adalah harga yang disebut di mana pelabur atau peniaga boleh membeli sesuatu pasangan matawang. Dealer akan menjual pasangan matawang mengikut sebut harga "ask". Ia juga dikenali sebagai "offer", "harga ask", dan "kadar ask". Dalam sebut harga, terdapatnya dua harga yang disenaraikan. Harga di sebelah kanan ialah harga ask. Harga ask sentiasanya lebih tinggi daripada harga bid. Contohnya, jika sebut harga ialah 1.2346/1.2349, 1.2349 ialah harga ask.

B


Base Currency - Matawang Asas

Dalam perdagangan tukaran matawang asing, matawang disebut secara berpasangan. Matawang didagangkan untuk pertukaran kepada matawang asing yang lain. Matawang pertama dalam pasangan adalah matawang asas. Unit matawang asas ialah 1. Sebut harga mengikut perubahan kadar pertukaran antara matawang asas dan matawang bidaan. Contohnya, jikanya sebut harga EUR/USD 1.3109, ia bermakna seunit matawang asas (EUR) boleh digunakan untuk membeli 1.3109 unit matawang bidaan (USD). Sebagai contoh tambahan, dalam pasangan USD/JPY, matawang asas adalah USD.

Bear Market - Pasaran Beruang

Pasaran ini mengalami penurunan harga. Dalam pasaran ini, pengendali pasaran, peniaga atau pelabur membuat spekulasi mengenai kejatuhan dalam nilai aset lalu menjual aset tersebut berdasarkan sentimen. Apabila terdapatnya lebih ramai penjual daripada pembeli, harga aset tersebut akan menyusut. Jika keadaan ini berterusan untuk jangka masa yang lama, pasaran tersebut dikatakan sebagai pasaran beruang.

Bid

Harga di mana seorang Dealer akan membeli sesuatu matawang daripada pelabur atau pedagang. Pelabur atau pedagang boleh menjual pasangan matawang kepada dealer pada harga bid. Ia juga dikenali sebagai "harga bid" and "kadar bid". Dalam sebut harga, terdapatnya dua harga yang disenaraikan. Harga di sebelah kiri ialah harga bid. Harga bid sentiasanya lebih rendah daripada harga ask. Contohnya, dalam sebut harga 1.2346/1.2349, 1.2346 merupakan harga bid.

Breakout

Breakout adalah situasi di mana terdapatnya pergerakan harga yang kuat, dan harga turun sehingga lebih rendah daripada harga tahap support (downside breakout) atau naik sehingga melebihi harga tahap resistance (upside breakout). Breakout biasanya disebabkan penyiaran berita yang berimpak tinggi, atau faktor-faktor lain yang menyebabkan para pelabur melakukan perintah yang sama (buy / sell) secara serentak.

Broker

Broker merupakan ejen yang melaksanakan perintah pedagang sama ada jual atau beli, dan mendapat komisen atau untungan spread daripada transaksi tersebut. Broker merupakan ejen yang menerima komisen transaksi dan tidak bertindak secara persendirian. Dalam pasaran tukaran matawang asing, broker biasanya perantara antara bank, penjual dan pembeli. Mereka mendapat komisen sama ada daripada pihak pemula, atau daripada kedua-dua pihak yang terlibat, selepas transaksi dilakukan. Terdapatnya empat atau lima broker global utama yang beroperasi melalui syarikat sekutu dan rakan kongsi di seluruh dunia.

Brokerage

Syarikat yang menawarkan perkhidmatan perdagangan kepada orang ramai.

Bull Market - Pasaran Lembu

Pasaran ini mengalami peningkatan harga. Dalam pasaran ini, pengendali pasaran, peniaga atau pelabur membuat spekulasi mengenai kenaikan dalam nilai aset lalu membeli aset tersebut berdasarkan sentimen. Apabila terdapatnya lebih ramai pembeli daripada penjual, harga aset tersebut akan meningkat. Jika keadaan ini berterusan untuk jangka masa yang lama, pasaran tersebut dikatakan sebagai pasaran lembu.

Buy

Kedudukan terbuka untuk beli aset atau instrumen, dan penutupan kedudukan jual sebelumnya. Pedagang biasanya menjual apabila menjangka bahawa sesuatu harga aset atau tukaran matawang asing akan menaik. Perintah beli di pasaran Forex adalah perintah segera untuk membeli pada harga pasaran.

C


Central Bank - Bank Negara

Sebuah pertubuhan kerajaan atau separa-kerajaan yang menyelia institusi kewangan dalam negara dan menjalankan dasar kewangan. Sebuah bank negara bertanggungjawab isu matawang negara, mengawal bekalan matawang, dan dalam kes-kes tertentu, bertindak sebagai peminjam terakhir untuk memberi pembiayaan segera kepada bank-bank dalam negara. Bank negara Amerika Syarikat digelar 'Federal Reserve', dan bank negara China digelar 'People's Bank of China' (PBC atau PBOC).

Centralized Market - Pasaran Berpusat

Di bursa saham, semua perintah beli / jual dihantar ke suatu pusat / bursa tertentu, tanpa persaingan sebut harga daripada pihak ketiga. Oleh itu, semua pedagang mendapat sebut harga yang sama dari pusat / bursa tersebut.

Closed Position - Kedudukan Tertutup

Kedudukan tertutup adalah bertentangan dengan kedudukan terbuka. Pedagang menutup kedudukan mereka dalam sesuatu aset atau matawang asing dengan membatalkan atau menghapuskan pelaburan / perdagangan sebelumnya. Jika pedagang telah membeli sesuatu aset, pedagang harus menjual aset itu untuk menutup kedudukannya. Sebaliknya, jika pedagang menjual (short-sell) sesuatu aset, pedagang mesti membeli aset itu semula untuk menutup kedudukannya.

Collateral - Cagaran

Aset yang dicagarkan untuk melindungi pinjaman, supaya peminjam memulangkan wang. Contohnya, rumah merupakan cagaran kepada pinjaman perumahan.

Commission - Komisen

Komisen ialah bonus kepada broker yang mengendalikan transaksi jual beli. Komisen berbeza daripada spread. Spread merujuk kepada perbezaan sebut harga jual beli daripada broker (bid-ask spread). Komisen ialah yuran yang dicajkan untuk membolehkan sesuatu transaksi. Dalam pasaran Forex, komisen yang dicajkan di ECN hanyalah bagi membayar kos penyelenggaraan protokol FIX.

Commodities - Komoditi

Komoditi adalah instrumen kewangan yang boleh didagangkan berdasarkan bahan-bahan mentah bawah tanah (emas, perak, minyak mentah, gas asli), atau hasil pertanian (jagung, koko, gandum).

Consolidation - Konsolidasi

Konsolidasi merujuk kepada pergerakan harga di pasaran yang terhad dalam sesuatu julat dagangan yang ketat. Konsolidasi biasanya berlaku apabila kebanyakkan pedagang tidak menjual beli secara aktif, dan keadaan ini membawa kepada jumlah / volum dagangan yang rendah.

Contract - Kontrak

Unit standard perdagangan.

Currency - Matawang

Matawang (currency) ialah wang yang diisu oleh kerajaan. Matawang telah berkembang daripada bijirin pada masa dahulu, sehingga ke emas dan perak, dan kemudiannya menjadi syiling dan wang masa kini. Matawang merupakan unit pertukaran dalam negara. Wang dikenali sebagai matawang kerana agensi kewangan (bank negara) menentukan jumlah wang yang diedarkan dalam negara. Jumlah wang dalam sistem bergerak dari individu ke individu mengikut pertukaran di antara produk dan perkhidmatan dengan wang, seperti arus sungai (current) yang mengalir dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Currency Pair - Pasangan Matawang

Pasangan matawang ialah object operasi tukaran matawang berdasarkan perubahan antara dua matawang, seperti pasangan matawang USD/JPY. Pasangan matawang diperlukan untuk pengiraan kadar pertukaran antara dua matawang asing tertentu. Sesuatu matawang tidak boleh diperdagangkan sesama sendiri kerana nilai matawang tersebut adalah relatif kepada matawang yang lain. Dalam sesuatu pasangan matawang, matawang di sebelah kanan adalah matawang asas (base currency) dan matawang di sebelah kiri adalah matawang bidaan (quoted currency)

D


Day Trading - Perdagangan Harian

Merujuk kepada gaya atau jenis perdagangan di mana kedudukan perdagangan dibuka dan ditutup dalam hari yang sama. Perdagangan Harian melibatkan pedagang yang menganalisis pasaran menggunakan carta jangka pendek (contohnya 1 minit, 5 minit, 15 minit dan 1 jam carta), mengenal pasti pasangan mata wang yang mempunyai potensi untuk bergerak di antara 10 dan 100 pips, lalu melaksanakan perdagangan menggunakan pip ini sebagai rujukan harga 'stop loss' dan 'take profit'. Salah satu teknik perdagangan harian yang popular ialah perdagangan yang berdasarkan kenaikan harga sempena penyiaran berita berimpak tinggi. Pelabur cuba mendapatkan keuntungan melalui pergerakan harga pasaran yang disebabkan oleh berita kewangan, laporan ekonomi atau kenyataan akhbar.

Dealer

Seorang yang bertindak sebagai prinsipal dalam transaksi. Apabila pedagang menjual sesuatu aset, dealer akan membelinya dan menjualnya kepada pihak ketiga pada harga yang lebih tinggi. Dealer mampu menguntung spread yang tinggi daripada transaksi tersebut. Sebaliknya, seorang broker bertindak sebagai perantara yang memudahkan transaksi antara pembeli dan penjual dan tidak mengambil kedudukan terbuka dalam transaksi tersebut.

Dealing Desk (DD)

Merujuk kepada jabatan yang melaksanakan perintah jual beli di pasaran forex. Dealing desk merupakan perantara di antara pedagang dan pembekal kecairan. Pembeli dan penjual akan menjalankan transaksi jual beli melalui dealing desk. Terdapat dealing desk di bank-bank dan syarikat kewangan.

Delivery - Penghantaran

Perdagangan FX di mana kedua-dua pihak menghantar matawang asing tersebut kepada satu sama lain.

Depreciation - Penyusutan Nilai

Penyusutan nilai matawang asing oleh sebab pergerakan pasaran.

Devaluation - Penurunan Nilai

Penurunan nilai matawang asing selaras dengan polisi bank negara, biasanya dengan pengumuman rasmi.

Direct Quote

Direct quote ialah sebut harga matawang domestik dari segi matawang asing. Unit matawang asing ialah satu, dan matawang domestik akan berubah mengikut pasaran. Jika matawang domestik ialah USD, dan matawang asing ialah EUR, direct quote ialah USD$1.1056 = Euro 1.

Diversification - Pelbagaian

Pelaburan pelbagai sekuriti untuk mengurangkan risiko: penurunan harga sekuriti tertentu dilindungi oleh kenaikan harga sekuriti yang lain. Syarikat Kimberly Clark adalah salah satu syarikat yang berjaya dalam diversification (pelbagaian). Syarikat itu beroperasi di industri palpa dan kertas. Pada suatu tahap, pengurus syarikat sedar bahawa ia sukar bagi syarikat itu untuk berkembang di dalam sektor ini pada skala global. Insentif utama adalah untuk mencari pasaran baru, industri baru dan strategi baru. Kimberly Clark membangunkan Syarikat Procter & Gamble dalam sektor produk kertas komersial. Mereka membuat dan memasarkan lampin "Haggies", kosmetik dan mereka telah berjaya mencapai matlamat mereka.

E


EA (Expert Advisor)

EA atau robot Forex adalah perisian dengan alhorithma yang berdasarkan strategi dagangan pedagang atau orang lain, yang diterjemahkan ke dalam MQL dan diprogramkan untuk memulakan dan menamatkan perdagangan dalam pasaran secara automatik, mengikut strategi perdagangan yang ditetapkan.

Electronic Communication Network (ECN)

Rangkaian Komunikasi Elektronik (ECN) ialah istilah yang digunakan dalam bidang kewangan untuk merujuk kepasa sistem komputer yang memudahkan perdagangan produk kewangan di luar bursa saham. Produk utama yang didagangkan pada ECN ialah saham dan matawang asing. Broker Forex ECN memberi akses kepada rangkaian perdagangan elektronik, dengan sebut harga live daripada bank-bank terbesar di dunia. Dengan perdagangan melalui broker ECN, pedagang mendapat sebutan harga yang lebih telus, pemprosesan yang lebih cepat, kecairan yang tinggi dan akses kepada pasaran.

ECN Broker

Broker yang menggunakan STP (straight through processing) untuk harga dan pelaksanaan perintah pelanggan tanpa dealing desk (DD). Broker ECN mendapat sebut harga yang langsung daripada pembekal kecairan dan menawar harga tersebut kepada para pedagang tanpa mark-up. Broker ECN menawar sebut harga yang paling telus dalam pasaran.

Equity - Equiti

Merujuk kepada baki wang pada akaun perdagangan. Ia dikira menggunakan formula berikut : Equiti = Baki + (Keuntungan Terapung - Kerugian Terapung). Dengan kata lain, equiti dalam akaun dikira dengan menambah baki yang tidak digunakan dalam akaun kepada perbezaan antara keuntungan dan kerugian terapung.

European Monetary System (EMS)

Merujuk kepada negara-negara EU, yang mempunyai matlamat untuk menyediakan nisbah matawang nasional yang stabil. Selain itu, matlamat EMS adalah untuk menstabilkan hubungan ekonomi asing.

Exotic Currency - Matawang Eksotik

Matawang eksotik adalah matawang yang kurang didagangkan, dan mempunyai kecairan rendah dan spread tinggi. Contohnya, Swedish Krona (SEK), Norway Krone (NOK) dan Lira Turki. Pada platform Forex, pasangan matawang ini biasanya mempunyai spread yang luas. EUR / SEK mempunyai spread 50 pips di beberapa platform dagangan. Akibatnya, mereka juga mempunyai julat intraday yang luas. Contoh pasangan matawang eksotik yang lain termasuk EUR / SEK, EUR / NOK, USD / ZAR dan lain-lain

F


Fill

Proses untuk melaksanakan order / perintah dagangan pelanggan untuk jual beli pasangan matawang. Dalam ECN (electronic communications networks), fill pedagang biasanya mengikut sebut harga yang pedagang mendapat daripada pembekal kecairan. Dalam dealing desk (DD), fill pedagang tidak semestinya mengikut sebut harga yang disenaraikan, terutamanya jika pasaran dalam keadaan turun naik dan tidak stabil.

Fixed Spread

Spread tetap adalah situasi di mana perbezaan harga jual dan beli (spread) adalah sentiasa sam, tidak kira sama ada permintaan pasaran turun atau naik. Spread tetap adalah ciri perdagangan dealing desk (DD) dalam pasaran Forex.

Keuntungan dan Kerugian Terapung

Keuntungan dan kerugiaan yang tidak direkodkan lagi, mengikut kadar pasaran terkini, kerana kedudukan perdagangan masih terbuka. Istilah yang turut digunakan dalam konteks ini ialah 'keuntungan dan kerugian yang belum direalisasi'. Selagi kedudukan masih terbuka, keuntungan atau kerugian pada platform adalah tidak nyata / belum direalisasi.

Foreign Exchange (Forex, FX)

Merujuk kepada belian dan jualan matawang asing secara serentak. Istilah ini digunakan untuk menggambarkan pasaran di mana matawang dijual dan dibeli antara satu sama lain dengan tujuan untuk menguntung daripada perubahan dalam kadar pertukaran. Ia juga merujuk kepada matawang asing.

Forward

Kadar pertukaran asing yang pra-ditentukan bagi sesuatu kontrak pertukaran asing pada masa depan, berdasarkan kadar faedah di antara kedua-dua matawang yang terlibat.

Futures Contract

Kewajiban untuk menukar produk atau instrumen pada harga yang ditetapkan pada tarikh yang akan datang. Perbezaan antara forward dan futures adalah futures didagangkan di bursa (Exchange-Traded-Contracts, ETC) dan forward didagangkan melalui kaunter (Over-the-Counter, OTC). OTC adalah kontrak yang tidak didagangkan di bursa.

G


Good 'Til Cancelled Order (GTC)

Order / Perintah untuk jual beli pada harga yang tertentu. Order / Perintah ini terbuka sehingga dipenuhi (filled) atau sehingga pelanggan membatalkannya. Ia digunakan apabila pedagang merasakan bahawa perintah perdagangannya boleh membawa pulangan yang baik, tanpa mengira berapa lama masanya.

H


Hard Currency

Matawang yang diterima dan diggunakan di peringkat antarabangsa hasil daripada kestabilan negara asal serta status matawang yang tinggi dalam kalangan orang sedunia. Akibatnya, matawang ini giat diperdagangkan kerana terdapatnya permintaan yang tinggi. Matawang sebegini amat cair (liquid). Contoh hard currency ialah Dolar Amerika Syarikat (USD) yang digunakan dalam pembayaran urusniaga. Nilai matawang sebegini (hard currency) jarang mengalami turun naik yang mendadak.

Hedge

Hedge adalah transaksi untuk melindung nilai pelaburan dan boleh mengurangkan risiko pelaburan yang sedia ada. Hedge adalah transaksi untuk menampung sebarang kerugian yang mungkin ditanggung ke atas pelaburan lain. Contoh hedge ialah menjual matawang asing di pasaran niaga hadapan untuk menampung pembelian matawang asing tersebut di pasaran spot Forex. Cara hedge berfungsi ialah jika nilai pelaburan terlindung dengan jayanya, kerugian dari kedudukan hedge (lindung nilai) akan kurang daripada keuntungan daripada pelaburan yang dilindung nilainya. Jika pelaburan yang dilindung nilai mengalami kerugian, keuntungan daripada hedge (lindung nilai) akan melebihi kerugian.

Hedging

Operasi insurans terhadap perubahan pasaran melalui pembelian atau jualan aset tertentu. Penggunaan kedudukan yang berlawanan secara aktif dalam pasaran lain boleh menampung kerugian yang mungkin ditanggung daripada pelaburan dalam pasaran tertentu.

Hedged Margin

Margin yang dilindung nilai merujuk kepada kedudukan yang aktif di kedua-dua jual dan beli pada masa yang sama. Apabila seorang pedagang membeli 0.5 lot EUR/USD dan juga menjual 0.5 lot EUR/USD, keuntungan / kerugian bersih dineutralkan sehingga peniaga menutup salah satu kedudukannya. Ini berfungsi dengan baik sebagai strategi lindung nilai ke atas akaun yang berdana. Ia digunakan apabila pedagang tidak pasti tentang pergerakan pasaran dan tidak mempunyai masa untuk menggunakan instrumen lindung nilai secara betul di pasaran.

I


Indirect Quote

Sistem sebut harga mata wang di mana sebut harga dinyatakan dari segi jumlah unit matawang asing bagi pembelian satu unit mata wang tempatan. Indirect quote menggunakan negara matawang asing sebagai titik rujukan. Jika seorang pedagang Kanada ingin mendapatkan indirect quote (sebut harga tidak langsung) USD/CAD, sebut harga akan dinyatakan berdasarkan jumlah Dolar Amerika Syarikat (USD) yang diperlukan untuk menukar seunit Dolar Kanada (CAD). Contohnya, 1.0078 USD = 1 CAD.

Inflation

Dalam ekonomi, inflasi merujuk kepada ekonomi yang mengalami peningkatan yang berterusan pada harga umum barangan dan perkhidmatan dalam tempoh masa yang tertentu. Matlamat utama polisi ekonomi adalah untuk mencapai kadar inflasi yang sederhana. Bank negara berperanan untuk mengawal kadar inflasi.

Interest - Faedah

Dana yang dipinjam dan ganjaran yang dibayar kepada pemberi pinjaman.

Introducing Broker (IB)

Individu dan / atau entiti undang-undang yang membentuk hubungan dengan broker melalui pengenalan pelanggan.

Initial Margin

Deposit awal pelanggan sebelum peruntukan had perdagangan diberi kepadanya. Selain itu, ia boleh difahami sebagai modal permulaan pedagang perlu ada dalam akaunnya untuk digunakan sebagai cagaran bagi setiap kedudukan terbuka perdagangan yang dileveraj di pasaran. Ia merupakan keperluan yang mandat daripada broker kepada pedagang. Keperluan margin awal mungkin berbeza mengikut standard broker dan peraturan negara. Misalnya di Amerika Syarikat, FINRA (Pidak Berkuasa Industri Kewangan) mewajibkan supaya pedagang mempunyai margin awal sebanyak 25% daripada jumlah yang diperolehi daripada broker sebagai leveraj perdagangan.

Instant Execution

Ketersediaan sebut harga kepada sistem perdagangan tanpa permintaan. Pelaksanaan segera adalah satu arahan daripada trader kepada broker untuk menjalani perdagangan jual beli pada harga pasaran. Ia digunakan apabila pedagang mahu memasuki pasaran dengan segera supaya mendapat manfaat daripada perintah dagangan itu.

Interbank Market

Pasaran kewangan untuk memperdagangkan wang, matawang asing, dan instrumen lain di antara bank-bank sahaja. Pasaran ini merupakan pasaran bank dan tidak membenarkan perdagangan daripada pelabur selain daripada bank-bank tertentu. Contoh pasaran antara bank adalah lelongan matawang antara bank, di mana bank-bank negara menjual matawang asing kepada bank-bank komersial, yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan lain yang berminat untuk membelinya.

Interbank rates

Kadar pertukaran matawang asing yang diberi kepada bank-bank antarabangsa yang besar oleh bank-bank antarabangsa yang lain.

J


K


L


Leverage - Leveraj

Nisbah di antara jumlah dana dalam akaun pelanggan (deposit) dan dana yang ditawarkan oleh broker. Perdagangan pasaran Forex dalam lingkungan puluhan ribu (akaun lot mini) atau beratus-ratus ribu (akaun lot standard). Jumlah yang besar menyukarkan para pedagang kerana bukan semua pedagang boleh menyediakan dana berjumlah besar. Oleh itu, broker akan menawarkan modal perdagangan dengan nisbah tertentu kepada pedagang untuk memenuhi keperluan pedagang. Dana-dana yang dipinjam oleh broker dikenali sebagai 'leverage'. Jumlah leveraj bergantung kepada nisbah dana pedagang kepada dana broker, mengikut jenis akaun pedagang. Sebagai contoh, leveraj minimum di Amerika Syarikat adalah 1:50, ia bermakna bahawa setiap $ 1,000 daripada pedagang akan dipadankan dengan modal perdagangan sebanyak $ 50,000.

Limit and Stop Levels

Merujuk kepada tahap harga di mana seorang pedagang Forex menetapkan 'Take Profit' dan 'Stop Loss'. Sesetengah platform perdagangan mewajibkan pedagang untuk menetapkan 'Stop Loss' dan 'Take Profit' dengan menggunakan perintah 'limit' dan 'stop'. Tahap harga yang dipilih dikenali sebagai 'limit level' dan 'stop level'.

Limit Order

Perintah dengan had ke atas harga maksimum yang dibayar atau harga minimum yang boleh diterima untuk menjalankan transaksi. Perintah had (limit order) untuk membeli akan dilaksanakan pada harga had atau lebih rendah, dan perintah had untuk menjual akan dilaksanakan pada harga had atau lebih tinggi. Perintah sebegini digunakan apabila peniaga menjangka pasaran untuk menurun sebelum meningkat (untuk had beli) atau meningkat sebelum menurun (untuk had jual). Perintah had juga boleh digunakan untuk menetapkan sasaran keuntungan supaya apabila perdagangan mencapai sasaran keuntungan, perdagangan akan ditutup secara automatik dengan keuntungan.

Liquid Market

Pasaran dengan pembeli dan penjual yang ramai. Volum perdagangan adalah tinggi dan ia tidak sukar untuk melaksanakan perintah mengikut sebut harga kerana transaksi mudah dijalani. Perintah perdagangan dalam pasaran yang cair dilaksanakan dengan serta-merta kerana pembelian mudah dipadankan dengan penjualan.

Liquidation

Penutupan kedudukan yang sedia ada.

Liquidity

Merujuk kepada hubungan antara saiz transaksi dan pergerakan harga. Sebagai contoh, pasaran ialah "cair ", jika pasaran mampu menjalani transaksi bersaiz besar tanpa memberi kesan kepada kestabilan harga. Pasaran Forex adalah sangat cair kerana urus niaga yang dijalankan dalam pasaran ini adalah dalam lingkungan beratusan ribu sehingga berjuta-juta dan berbilion-bilion dolar. Apabila pedagang hanya berdagang dalam lingkungan ratusan atau ribuan dolar, syarikat perantara mendapatkan kecairan daripada pembekal kecairan untuk merapatkan jurang kecairan. Bekalan ini dijual semula kepada pedagang-pedagang dalam jumlah yang lebih kecil.

Locked Positions

Membeli dan menjual aset yang sama dengan jumlah dagangan yang sama. Tindakan lindung nilai ini adalah langkah pencegahan segera untuk mencegah peningkatan kerugian terapung oleh sebab sesuatu perdagangan sebelum itu. Jika pergerakan harga adalah ke arah yang tidak menggalakkan dan dijangka akan berterusan, pedagang boleh mengambil tindakan lindung nilai ini. Pedagang menjalani transaksi yang bertentangan dengan perdagangan sebelumnya bagi mengurangkan kerugian. Kegiatan ini boleh membeli masa untuk menilai aset tersebut dalam jangka masa panjang.

Long Position

Kedudukan terbuka untuk membeli aset, dengan jangkaan keuntungan daripada kenaikan harga aset. Dalam Forex, kedudukan tersebut melibatkan membeli matawang asas dan pada masa yang sama menjual matawang bidaan dengan unit yang setara.

Loss

Kerugian adalah keadaan di mana harga pasangan matawang bergerak melawan arah kedudukan pedagang itu apabila kedudukan tersebut ditutup. Pedagang mengalami kekurangan ekuiti akaun berbanding dengan masa permulaan perdagangan. Sebagai contoh, jika seorang pedagang membeli pasangan EUR / USD pada 1.2908 dan menetapkan sasaran keuntungan sebanyak 1.2958 dan perintah had rugi pada 1.2868, dan matawang mencecah stop loss pada 1.2868, perintah had rugi akan dilaksanakan dan matawang tersebut akan dijual dengan kerugian. Maka pedagang tersebut mengalami kerugian pada perdagangan.

Lot

Unit pertukaran dalam transaksi. Lot adalah ukuran bagi volum dan jumlah perdagangan dalam Forex. Ia bersamaan dengan 100,000 unit mata wang asas dalam urusniaga Forex. Lot standard boleh dibahagikan kepada mini-lot (satu perseribu lot atau 1/1000 lot) dan mikro-lot (1 / 1,000,000 lot).

M


Maintenance Margin

Jumlah margin minimum yang diperlukan oleh pedagang dalam akaunnya untuk mengekalkan kedudukan terbuka, atau mengekalkan kedudukan tertentu.

Margin

Jaminan yang diperlukan oleh syarikat broker atau dealer daripada pedagang, untuk mengekalkan kedudukan terbuka atau kedudukan terkunci yang pedagang inginkan. Setiap instrumen, aset dalam pasaran mempunyai keperluan margin sendiri. Margin adalah cagaran pada perdagangan yang dileverajkan.

Margin Call

Kewajiban untuk dana tambahan dalam akaun margin sama ada kerana nilai ekuiti di dalam akaun telah jatuh di bawah minimum (maintenance call) atau kerana matawang tambahan telah dibeli (sold short). Biasanya, pedagang memerlukan margin permulaan sebagai cagaran untuk perdagangan yang dileverajkan. Apabila perdagangan menanggung kerugian terapung, kerugian ini akan ditolak daripada margin pedagang dan bukan dari dana yang dileverajkan. Apabila jumlah kerugian hampir dengan ekuiti pedagang, broker akan membuat panggilan margin (margin call), untuk meminta pedagang menambah dana dalam akaun mereka. Jika pedagang tidak menambah margin, kedudukan terbuka mereka akan ditutup secara automatik untuk melindungi pelanggan supaya tidak mengalami kerugian melebihi modal awal.

Margin Call Level

Tahap harga aset sebelum broker mengeluarkan arahan kepada pedagang untuk menambah lebih banyak dana ke dalam akaunnya. Jika tidak, pedagang mengalami risiko penutupan kedudukan terbuka secara automatik. Sebelum mendaftar untuk akaun dagangan yang dileveraj, pedagang perlu bersetuju dengan pengiraan tahap harga di mana kedudukan akan ditutup untuk melindungi ekuiti broker. Tahap harga ini adalah tahap harga panggilan margin.

Market Depth

Merujuk kepada saiz perintah yang diperlukan untuk menggerakkan atau menukar harga sesuatu aset di pasaran dengan tahap tertentu. Peningkatan kedalaman pasaran bermakna bahawa terdapat banyak kecairan dalam pasaran, manakala pengurangan kedalaman pasaran bermakna bahawa aset tidak cair. Pasaran dengan peningkatan kedalaman pasaran memudahkan penyebutan harga dengan spread yang lebih rendah dan membolehkan perintah untuk dilaksanakan dengan lebih pesat.

Market Maker

Seseorang atau sesuatu firma yang menyediakan kecairan dengan menetapkan harga bida dan tawaran di pasaran. Dalam Forex, volum perdagangan berjumlah besar dan ini mengelakkan perubahan mendadak dalam harga. Pedagang wajib berdagang dengan sekurang-kurangnya beratusan ribu dolar. Oleh sebab ramai pedagang tidak mampu berdagang dengan jumlah yang besar, market maker membeli dan menjual aset dalam denominasi yang lebih kecil untuk mendapatkan keuntungan. Pedagang runcit pula menjalankan transaksi dalam lingkungan berpuluhan ribu dolar per transaksi melalui market maker.

Market Order

Sesuatu perintah yang dibuat oleh pelanggan untuk pembelian atau penjualan sekuriti segera pada harga pasaran semasa. Ia juga boleh digambarkan sebagai suatu perintah / arahan oleh pedagang kepada broker untuk melaksanakan perintah segera dengan harga aset tersebut di pasaran.

Market Price

Harga semasa untuk sesuatu aset di pasaran. Sebagai contoh, jika harga pasangan matawang disebut harga pada 1.2890 / 1.2893 dalam masa sebenar, itu adalah harga pasaran aset.

Market Rate

Sebut harga pasangan matawang terkini. Merujuk kepada kadar di mana matawang digunakan untuk pertukaran kepada matawang yang lain dalam masa nyata.

Maximum Lot

Saiz / jumlah perdagangan maksimum yang boleh digunakan oleh pedagang untuk perdagangan forex pada platform dagangannya.

Minimum Lot

Saiz / jumlah perdagangan minimum yang boleh digunakan oleh pedagang untuk perdagangan forex pada platform dagangannya. Sesetengah broker menetapkan lot minimum pada 0.1 lot manakala sesetengah broker menetapkan lot minimum pada 0.001 lot (1 mikro-lot).

N


NASDAQ Index

Pasaran indeks elektronik khusus untuk memperdagang saham syarikat teknologi terkemuka. Diwujudkan sebagai pengganti kepada pasaran Over-the-Counter (OTC) pada tahun 1971, indeks NASDAQ diplot dengan harga purata wajaran saham di pasaran. Perdagangan dalam NASDAQ dilakukan secara elektronik, dan menggunakan pertukaran dagangan dalam talian, berbeza daripada cara sekuriti NYSE didagangkan (lelongan di pusat perdagangan). Ia didagangkan sebagai indeks saham. Walaupun NASDAQ dikenali untuk perdagangan saham syarikat teknologi, syarikat sektor-sektor lain seperti farmaseutikal juga disenaraikan dalam indeks NASDAQ.

Nikkei 225 index

Indeks Nikkei 225 telah dilancarkan oleh Nihon Keizai Shimbun (Nikkei). Indeks Nikkei 225 berdasarkan saham di bursa saham Tokyo dengan sebanyak 225 jenis saham.

No Dealing Desk

Proses penyampaian harga daripada pembekal kecairan kepada para pedagang tanpa melalui jabatan di firma broker yang berfungsi sebagai perantara. Broker ECN beroperasi tanpa dealing desk (No Dealing Desk).

O


Open Market

'Pasaran terbuka' ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan pasaran yang terbuka kepada semua peserta dan di mana pedagang boleh membeli dan menjual sekuriti tanpa sekatan. Istilah ini juga merujuk kepada pasaran yang tidak dikawal selia. Sebelum tahun 1997, pasaran Forex bukan pasaran terbuka, tetapi selepas pembatalan kawal selia pada tahun itu, pedagang-pedagang dibenarkan untuk berdagang di pasaran forex. Forex menjadi pasaran terbuka.

Open Position

Merujuk kepada kedudukan terbuka yang tertakluk kepada turun naik pasaran dan tidak ditutup oleh transaksi bertentangan yang sepadan. Selain itu, ia adalah perjanjian yang belum diselesaikan dengan bayaran fizikal. Pada platform Forex, terdapat tab yang memaparkan semua kedudukan yang terbuka. Maklumat ini adalah penting terutamanya jika pedagang mempunyai beberapa kedudukan yang terbuka, supaya pedagang boleh mengesannya dan menggunakan maklumat tersebut untuk menyemak pendedahan pedagang kepada pasaran untuk mengelakkan risiko yang berlebihan.

Order

Pesanan pelanggan untuk membeli atau menjual jumlah tertentu pada harga yang tertentu. Terdapat beberapa jenis pesanan, dan boleh dikategorikan kepada dua jenis pesanan utama: pesanan pasaran dan pesanan dagangan tertunda. Market Buy dan Market Sell adalah perintah yang dilaksanakan dengan segera, manakala 'Order Cancels the Other (OCO)', Buy Stop, Sell Stop, Buy Limit, Sell Limit, Entry Limit / Stop, Good till Day (GTD) dan Good Till Cancelled (GTC) semuanya jenis pesanan dagangan tertentu.

P


PAMM

PAMM ialah singkatan Modul Pengurusan Peruntukan Peratus (Percentage Allocation Management Module). Ia merupakan teknologi yang membolehkan pedagang dan pelabur untuk melabur, dan membolehkan pedagang mendapat manfaat daripada sistem broker yang digunakan oleh broker untuk menguruskan dana pada platform mereka.

Pending Order

Pesanan dagangan tertunda ialah pesanan pelanggan untuk melakukan perdagangan apabila harga sekuriti mencapai tahap tertentu. Seorang pedagang boleh menggunakan pesanan dagangan tertunda jika harga pasaran semasa tidak menguntungkan, tetapi dijangka boleh sampai ke tahap harga yang lebih menguntungkan. Pesanan dagangan tertunda juga digunakan apabila peniaga menjangka harga untuk menjejaki semula ke tahap yang lebih murah sebelum meneruskan trend naik, atau apabila pedagang sedang menunggu isyarat tertentu sebelum memasuki pasaran.

Pip

Perubahan paling kecil dalam harga matawang asing, sama ada naik atau turun. Pip bersamaan dengan 0.0001 atau titik perpuluhan yang keempat dalam sebut harga sesuatu matawang. Bagi pasangan matawang Yen, pip adalah bersamaan dengan 0.01 Yen.

Point

Ia merujuk kepada perubahan harga minimum dalam sesuatu aset atau pasangan mata wang. Misalnya, harga awal sekuriti ialah 1.3550 dan ia telah menurun kepada 1,3545. Ia bermakna bahawa terdapatnya perubahan 5 point. Istilah 'point' juga boleh digunakan untuk merujuk kepada 'basis point', yang merupakan salah satu daripada satu pertaus atau 1/10000 (0.0001). Ia merupakan istilah yang popular digunakan untuk menggambarkan perubahan dalam kadar faedah tahunan bagi matawang. Point juga boleh digunakan untuk merujuk kepada mata peratusan, iaitu perbezaan antara dua peratusan.

Portfolio

Ia merujuk kepada pelbagai gabungan pelaburan yang dipegang oleh institusi kewangan atau pelabur. Pegangan portfolio biasanya termasuk saham, bon, kontrak niaga hadapan, opsyen, pelaburan hartanah dan instrumen kewangan lain.

Position

Jumlah sekuriti sama ada dimiliki (kedudukan panjang, long) atau dipinjam (kedudukan pendek, short) oleh individu atau oleh seorang pedagang. Ia adalah kedudukan terbuka seorang pedagang.

Premium

Dalam pasaran mata wang, ia merupakan perbezaan antara harga produk niaga hadapan dan harga spot.

Price

Harga di mana mata wang asas boleh dibeli atau dijual. Biasanya, harga boleh disediakan oleh mereka yang mengawal pasaran kepada pedagang (secara tidak langsung), atau daripada pembekal kecairan (bank-bank) kepada pedagang (secara langsung). Harga matawang boleh didorong oleh permintaan pasaran, atau oleh campur tangan kerajaan.

Price Transparency

Ketelusan sebutan harga di mana setiap peserta pasaran mendapat akses yang sama kepada sebut harga yang sama.

Profit

Pendapatan pelanggan dari transaksi yang telah diselesaikan. Dari segi keuntungan, pedagang perlu bertimbangkan perdagangannya yang lain. Untuk perdagangan tunggal, pedagang mendapat keuntungan apabila harga aset bergerak ke arah jangkaan pedagang. Jadi, untuk perdagangan di mana pedagang berkedudukan panjang (long), pedagang mendapat keuntungan apabila harga aset menaik; untuk kedudukan pendek (short), pedagang mendapat keuntungan apabila harga aset menurun. Dalam jangka masa panjang, pedagang perlu mendapat lebih banyak keuntungan daripada kerugian dalam perdagangannya, barulah strategi perdagangannya dikatakan sebagai berjaya dan beruntung.

Q


Quote

Quote ialah harga membeli dan menjual. Walaupun ia adalah harga pasaran indikatif, ia biasanya digunakan sebagai rujukan sahaja. Ia disenaraikan dengan harga Ask dan harga Bid, dan matawang kedua (matawang bidaan) sentiasa dibandingkan dengan satu unit matawang asas. Sebut harga terdiri daripada harga tertinggi dealer sanggup membayar bagi aset tersebut serta harga yang paling rendah yang dealer itu sanggup menerima bagi aset tersebut. Sebut harga yang standard bagi EUR / USD ialah 1.2940 / 1,2943, di mana harga yang pertama adalah harga Bid dan harga yang kedua ialah harga Ask. Kedua-dua harga menunjukkan jumlah matawang kedua (USD dalam kes ini) yang diperlukan untuk membeli 1 unit mata wang asas (EUR dalam kes ini).

Quote Currency

Matawang kedua dalam pasangan matawang, di mana pelanggan boleh menggunakannya untuk menjual / membeli mata wang asas. Sebagai contoh, dalam pasangan matawang USD / JPY, yen Jepun merupakan matawang bidaan. Matawang bidaan juga dikenali sebagai matawang kedua, dan kadar pertukaran matawang asing biasanya disebutkan dalam unit matawang bidaan terhadap satu unit matawang asas. Jadi, dalam kadar pertukaran matawang asing yang menyatakan bahawa USD/JPY adalah 79.34, angka '79.34' bermakna bahawa 79.34 Yen akan digunakan untuk membeli 1 Dollar US.

R


Range

Perbezaan antara harga maksimum dan minimum dalam tempoh masa yang tertentu. Julat adalah jarak antara tahap tertinggi harga aset dan tahap terendah aset yang sama dalam tempoh masa yang sama. Julat boleh digunakan untuk membuat keputusan perdagangan tertentu seperti penentuan sasaran keuntungan dan penentuan stop loss. Julat ini juga boleh digunakan untuk mengetahui pergerakan pasangan mata wang dengan tempoh masa yang tertentu. Pedagang perlu mengenal pasti julat perdagangan kerana ia merupakan asas perdagangan bagi mengetahui harga sasaran membeli dan menjual sekuriti untuk mendapat keuntungan.

Rate

Harga matawang yang dinyatakan dalam harga unit matawang negara lain. Biasanya, kadar pertukaran matawang asing dinyatakan dalam harga matawang kedua berbanding dengan satu unit matawang asas (matawang pertama). Oleh itu, apabila kadar EUR/USD 1.2940, seunit euro dijual pada 1.2940 US Dollars.

Requotes

Fenomena di mana harga bergerak antara masa yang mereka dipaparkan dan masa pedagang klik pada butang pelaksanaan pesanan pada platformnya. Perdagangan itu tidak dilaksanakan; dan pedagang diminta untuk menerima harga baru untuk pesanannya. Jika tindakan tidak diambil dalam masa beberapa saat, perintah perdagangan itu akan dibatalkan.

Revaluation

Peningkatan dalam kadar pertukaran matawang akibat daripada campur tangan bank negara. Bertentangan dengan penurunan nilai matawang.

S


Scalping

Amalan perdagangan di mana kedudukan dibuka dan ditutup secara manual dalam masa beberapa minit antara satu sama lain untuk mendapat keuntungan daripada pergerakan pasaran yang kecil. Secara beransur-ansur, pedagang boleh meningkatkan perdagangan untuk mendapat keuntungan yang tinggi. Scalpers menggunakan saiz perdagangan yang lebih besar untuk menguntung daripada pergerakan pip yang kecil.

Sell Limit Order

Suatu perintah untuk melaksanakan transaksi hanya pada harga yang dinyatakan (had) atau lebih tinggi. Perintah had menjual digunakan apabila pedagang menjangka bahawa harga sesuatu aset akan menurun selepas meningkat ke tahap rintangan yang terdekat. Perintah harga had jualan adalah perintah dagangan tertunda. Penggunaan 'sell limit' memastikan bahawa peniaga mendapat manfaat daripada sesuatu aset yang mengalami momentum menaik yang dijangka tidak akan bertahan lama.

Short Position

Keadaan di mana jualan matawang telah berlaku dan perlu ditutup dengan belian matawang tersebut. Pedagang akan membuka kedudukan pendek sesuatu aset apabila terdapat jangkaan bahawa harganya akan jatuh. Dalam pasaran Forex, kedudukan pendek dilaksanakan dengan menjual matawang asas dan pada masa yang sama membeli matawang bidaan. kemudiannya, pedagang akan membeli matawang asas dengan harga yang lebih rendah dengan matawang bidaan yang kini mempunyai nilai yang lebih tinggi.

Short selling

Jualan pendek (short sell) merujuk kepada jualan sekuriti dengan pinjaman dari broker, yang kemudiannya dibeli semula pada harga yang lebih rendah dan dikembalikan kepada broker. Keuntungan diperolehi melalui penurunan harga dalam sekuriti. 'Short covering' merujuk kepada pembelian balik aset, bagi mengurangkan jumlah kedudukan pendek atau penutupan kedudukan ini.

Slippage

Dalam perdagangan pertukaran matawang asing, 'slippage' berlaku apabila harga had atau harga berhenti berbeza daripada harga yang ditetapkan dalam sistem. Biasanya, slippage berlaku kerana terdapatnya turun naik pasaran (mungkin disebabkan oleh pelarian), menyebabkan perintah tersebut tidak dapat dilaksanakan pada harga yang ditetapkan. Dalam kes ini, kebanyakan pedagang Forex perlu berdagang dengan harga yang terbaik di pasaran.

Spot Market

Pasaran di mana orang membeli dan menjual instrumen kewangan sebenar (matawang) untuk penghantaran dalam dua hari. Pasaran spot biasanya mempunyai masa penyelesaian yang singkat. Pasaran saham dan pasaran matawang adalah pasaran spot. Mereka adalah bertentangan dengan pasaran niaga hadapan dari segi tarikh penyelesaian.

Speculation

Membeli atau menjual sekuriti atau aset, dengan harapan untuk mendapat keuntungan daripada turun naik harga dalam tempoh yang agak singkat. Spekulasi kadang-kadangnya istilah menghina, tetapi dagangan spekulatif dalam pasaran kewangan meningkatkan modal dan kecairan dan boleh mengurangkan turun naik harga dalam keadaan biasa. Bagaimanapun, dagangan spekulatif biasanya meningkat volatiliti / turun naik pasaran semasa krisis ekonomi atau politik.

Spot Price

Harga pasaran semasa bagi matawang yang biasanya diselesaikan dalam 2 hari bekerja (1 hari untuk USD/CAD). Biasanya, harga perdagangan ditutup adalah harga spot dan ini adalah harga apabila aset itu diselesaikan dalam tempoh masa T + 2 hari, termasuk hari 'T', hari transaksi itu dijalankan.

Spread

Perbezaan antara harga tawaran dan harga bidaan. Perbezaan ini adalah komisen broker dalam perdagangan forex. Harga pasaran disebut dengan dua harga: 'bid' di sebelah kiri dan 'ask' di sebelah kanan. Jika EUR / USD 1.2980 / 1,2983, maka spread adalah perbezaan di antara kedua-dua harga (diukur dalam pips) dan merupakan 3 pips. Saiz lot perdagangan akan menentukan nilai spread matawang tersebut. Spread adalah lebih rendah dalam pasangan matawang yang cair (seperti EUR/USD) dan lebih tinggi dalam pasangan matawang yang kurang cair seperti EUR/NOK.

Square position

Keadaan di mana kedudukan panjang (beli)pedagang adalah bersamaan dengan kedudukan pendek (jual).

Standard lot

100,000 unit matawang asas digunakan untuk membeli atau menjual matawang bidaan.

Stock exchange

Pasaran untuk membeli dan menjual instrumen kewangan.

Stop Loss

Perintah pelanggan untuk menutup kedudukan terbuka jika pergerakan harga pasaran tidak memihak kepada pedagang. Ia digunakan untuk mengurangkan kerugian. Pada beberapa platform dagangan, ini terletak di sebelah perintah OCO, manakala pada beberapa platform lain, perintah berhenti ditetapkan semasa proses pesanan (MT4) atau ditetapkan pada perdagangan yang aktif.

Stop Order

Sesuatu perintah untuk membeli atau menjual mata wang apabila harga mata wang itu mencapai atau melepasi tahap yang ditetapkan. Ia digunakan dalam dua cara. Pada beberapa platform dagangan Forex, perintah berhenti digunakan untuk menetapkan stop loss pada perdagangan yang aktif. Satu lagi cara yang perintah berhenti digunakan adalah untuk mengambil kesempatan daripada pelarian harga. Dengan menetapkan perintah berhenti di tahap tertentu (di atas rintangan bagi kedudukan panjang dan di bawah sokongan untuk kedudukan pendek), pedagang boleh mengambil kesempatan daripada pelarian harga walaupun pedagang tidak duduk di hadapan komputer.

Stop Out Level

Tahap harga di mana broker menutup semua kedudukan pedagang secara automatik akibat tahap ekuiti di dalam akaun perdagangan jatuh ke tahap kritikal. Jika margin lebih rendah daripada 'stop out level', perintah 'stop out' akan dilaksanakan pada harga pasaran.

Stop-Limit Order

Sesuatu perintah yang menggabungkan ciri-ciri perintah berhenti dengan perintah had. Ia akan dilaksanakan pada harga tertentu (atau harga yang lebih baik) selepas harga 'stop' yang ditetapkan telah dicapai. Apabila harga 'stop' dicapai, perintah stop-limit menjadi perintah had untuk membeli (atau menjual) pada harga had atau harga yang lebih baik.

STP

Straight-through-processing adalah inisiatif oleh syarikat-syarikat dalam dunia kewangan untuk mengoptimumkan kelajuan di mana urus niaga diproses. Ia membolehkan maklumat yang telah dimasukkan secara elektronik untuk dipindahkan dari satu pihak kepada yang lain dalam proses penyelesaian, tanpa kemasukan data yang sama secara manual berulang kali.

SWAP

Pembayaran untuk mengekalkan kedudukan terbuka semalaman. Mungkin positif atau negatif. Pada malam dari hari Rabu hingga Khamis, bayaran adalah tiga kali ganda. Pembayaran swap adalah berdasarkan perbezaan kadar faedah antara dua matawang dalam pasangan mata wang di mana kedudukan perdagangan itu dibawa ke hari perdagangan berikutnya. Swap adalah positif jika pedagang mempunyai kedudukan yang panjang pada matawang dengan kadar faedah yang lebih tinggi, dan negatif apabila pedagang berkedudukan pendek pada matawang yang berhasil tinggi (atau berkedudukan panjang pada matawang yang berhasil rendah).

T


Take Profit Order

Arahan pelanggan untuk membeli atau menjual pasangan mata wang yang akan mengakibatkan pengurangan dalam saiz kedudukan yang sedia ada dan menunjukkan keuntungan perdagangan itu. Perintah ini digunakan oleh peniaga untuk menutup perdagangan secara automatik apabila harga pasaran yang telah bergerak sehingga tahap tertentu dan memihak kepada pedagang. Untuk menetapkan perintah ini, mengisi harga yang sesuai dalam ruang 'Take Profit' platform dagangan (MT4), menggunakan tab Limit Order atau menggunakan perintah OCO.

Technical Analysis

Usaha untuk meramal harga dengan menganalisis data pasaran, termasuk trend harga sejarah, purata, jumlah, faedah kedudukan terbuka, dan lain-lain.

Trend

Arah pergerakan pasaran. Jika aset semakin meningkat dalam harga, trend adalah trend menaik, atau trend ke atas. Jika harga aset semakin rendah, trend pasaran adalah trend menurun, atau trend ke bawah. Jika harga aset berada dalam julat yang kecil untuk tempoh yang agak lama, trend adalah ke sisi / jajaran kecil dan aset tersebut dikatakan berada dalam konsolidasi.

Two-Way Price

Apabila kedua-dua harga tawaran dan kadar tawaran disebut dalam transaksi FX.

U


V


Variable Spread

Spread bolehubah adalah ciri perdagangan ECN dan menggambarkan keadaan di mana perbezaan antara harga tawaran dan bidaan berubah mengikut volatiliti dan permintaan pasaran terhadap pasangan mata wang tersebut.

Variation Margin

Dana yang diperlukan untuk membawa ekuiti dalam akaun kembali ke tahap margin awal, dan dikira dari hari ke hari. Apabila margin awal pedagang jatuh di bawah maintenance margin (margin penyenggaraan), broker akan menghubungi pedagang supaya membiayai akaun ini melalui penambahan dana (variation margin) bagi memenuhi keperluan margin, untuk mengekalkan kedudukan terbuka perdagangan.

Volatility

Petunjuk yang menunjukkan kecenderungan perubahan harga pasaran. Dinyatakan dalam nilai mutlak 5 $ ± 5 $ atau relatif kepada harga awal 5 $ ± 5%. Volatiliti adalah ukuran variasi harga aset dalam suatu tempoh masa. Aset yang mengalami variasi harga yang luas dalam jangka masa yang pendek dikatakan sebagai tidak menentu. Volatiliti juga boleh diukur dan didagangkan sebagai aset. Indeks popular yang berdasarkan volatiliti aset adalah Indeks Volatility (VIX).

W


Weak Currency

Matawang yang mengalami turun naik dalam nilai yang sangat kerap, biasanya menurun. Ia juga boleh digunakan untuk menggambarkan matawang yang berdagang pada tahap yang rendah berbanding matawang lain, atau matawang yang memerlukan jumlah yang besar untuk ditukar dengan matawang asing yang berjumlah kecil.

Whipsaw

Slang untuk keadaan pasaran yang tidak menentu di mana pergerakan harga yang mendadak diikuti dengan pembalikan yang tajam.

X


Y


Z


TOP