CARA PEMBIAYAAN

*Yuran dan caj berbeza mengikut bank, sila menghubungi bank anda untuk maklumat lanjut tentang caj-caj tertentu.

**Masa pemprosesan tertakluk kepada prosedur yang dilaksanakan oleh bank pihak ketiga dan bank benefisiari.

Sila ambil perhatian bahawa BUKAN semua kaedah pendanaan boleh didapati di rantau anda.

China UnionPay

China UnionPay adalah satu-satunya organisasi kad domestik di Republik Rakyat China. Ia boleh digunakan di 157 buah negara di seluruh dunia dan merupakan rangkaian pembayaran ketiga terbesar berdasarkan nilai urus niaga yang diproses. China UnionPay adalah pesaing Visa dan MasterCard. Ia menyediakan perkhidmatan pelanggan 24 jam, dan menawarkan promosi eksklusif kepada ahli-ahlinya. Anda boleh sentiasa bergantung kepada China UnionPay untuk pengalaman transaksi dalam talian yang lebih baik.

Skrill

Skrill adalah perniagaan e-dagang yang membolehkan pembayaran dan pemindahan wang melalui Internet, seperti e-wallet. Ia adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di UK dikawal selia oleh Lembaga Kelakuan Kewangan. Anda boleh menghantar dan menerima wang bila-bila masa dengan yuran yang rendah dan kadar yang hebat. Skrill disenangi oleh peniaga-peniaga forex dan Skrill adalah dompet digital yang paling popular untuk bayaran Forex oleh sebab yurannya yang rendah dan telus. Dengan Skrill, anda boleh membuat pembayaran dalam talian secara global kepada hampir 200 negara, dalam 40 jenis matawang.

Neteller

Neteller adalah perkhidmatan pembayaran dalam talian yang selamat digunakan secara meluas (lebih dari 200 negara antarabangsa) untuk memindahkan wang ke dan dari pedagang, seperti firma-firma perdagangan forex. Neteller mempunyai rekod e-wang dengan Lembaga Kelakuan Kewangan (FCA) di UK dan dikehendaki menyimpan wang pelanggan dalam akaun amanah berasingan (di bawah peraturan FCA), berasingan daripada tunai operasinya, supaya cukup untuk membayar balik semua pelanggan pada masa yang sama. Dengan Neteller, anda boleh menghantar dan menerima wang dengan segera dan selamat, di mana sahaja di dunia.

EPayments

EPayments adalah perkhidmatan pembayaran maya yang mudah yang menawarkan eWallet serta kad prabayar MasterCard. EPayments didaftarkan dan dilesenkan di United Kingdom. Sebagai sebuah institusi kewangan FCA berlesen, ePayments menjamin keselamatan operasi kewangan dan perlindungan maklumat anda. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pembayaran mudah alih melalui aplikasi mudah alih mudah yang membolehkan anda menguruskan e-Wallet dan kad anda dari mana saja di dunia. Aplikasi mudah alih mereka boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store.

Pindahan Kawat / Wire Transfer

Pindahan kawat, adalah kaedah pemindahan dana elektronik yang dibuat dari satu akaun bank ke akaun bank lain. Ia sesuai untuk memindahkan sejumlah wang yang besar dengan cepat dan selamat. Urusniaga melalui pindahan kawat boleh dilakukan dalam masa sehari, tanpa penangguhan. Tambahan itu, pindahan kawat mudah dilakukan kerana anda hanya perlu menyediakan maklumat asas peribadi anda.

Gateway Tempatan

Local Gateway membolehkan pelanggan melakukan deposit lebih cepat dan selamat di bank tempatan, dan juga mengeluarkan dana dengan kos yang lebih rendah. Mata wang yang disokong pada masa sekarang ialah matawang Thailand dan Malaysia.

TOP