Profil

Profil

Sejak penubuhannya, Charterprime telah berusaha untuk menyediakan platform dagangan dan kecairan yang memenuhi keperluan peniaga dan broker. Kami berdedikasi untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak pembekal kecairan yang terkemuka dan berteknologi canggih. Kecanggihan infrastruktur teknikal dan kekuatan hubungan kami dengan pembekal kecairan jangka masa panjang membolehkan kami untuk menawarkan pelanggan-pelanggan kami spread yang paling rendah dan kompetitif.

Charterprime melaksanakan tatakerja perniagaan dengan penuh integriti dan ketelusan. Nilai-nilai tersebut diperkuatkan dengan penguatkuasaan model penuh STP (Straight-Through-Processing) yang membolehkan sebut harga yang telus dan beretika. Kami berusaha untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan antara kami sebagai broker dan pelanggan kami. Kami juga memperkemaskan semua proses transaksi.

Pasukan kami dari pelbagai latar dan dari seluruh dunia dengan pelbagai kepakaran. Pasukan sejagat kami bekerjasama dengan erat untuk menjadikan Charterprime sebagai broker terkemuka di dunia. Kami berpandangan ke hadapan dan menyediakan perkhidmatan profesional, merangkumi semua aspek kepada pelanggan-pelanggan yang kami hargai.

Kami berusaha untuk mencapai jangkaan pelanggan kami dan memberi sokongan tambahan kepada pelanggan-pelanggan kami untuk memastikan pengalaman perdagangan adalah yang terbaik. Sokongan kami termasuk perisian analisis pasaran yang eksklusif, pengurus akaun peribadi, pasukan audit dalaman dan pasukan perkhidmatan pelanggan 24 jam. Kami juga mempunyai pasukan yang berpengalaman dalam bidang aktuari untuk menjalani pengurusan risiko pelaburan.

Kami percaya bahawa Charterprime boleh membantu bisnes anda. Kami bangga pada keupayaan kami untuk mencipta solusi yang khas untuk pelanggan-pelanggan yang kami hargai. Ketahuilah bagaimana anda boleh menikmati pengalaman perdagangan hebat pada hari ini juga!

Pengalaman Perdagangan yang Luar Biasa

Tiada Meja Perdagangan: Sistem STP (Straight-Through-Processing), di mana pesanan pelanggan dihantar terus kepada pembekal kecairan kami tanpa kelewatan dalam pelaksanaan;

Kecepatan Pelaksanaan: Setiap transaksi selesai dalam satu saat, tanpa apa-apa sekatan perdagangan;

Penyelesaian Kecairan yang Khas: Hubungi Pasukan Pengurusan kami untuk mengetahui cara-cara kami boleh membantu anda memenuhi keperluan kecairan dengan menggunakan instrumen kami, bagi menyediakan keadaan perdagangan yang optimum.

TOP