Perkongsian / Rakan Kongsi

Program Broker Pengenal (Introducing Brokers, IB)

介绍经纪人

Charterprime berusaha mengadakan program-program kerjasama yang memberi ganjaran kepada Broker Pengenal yang mampu memperluaskan business kami dengan memperkenalkan kami kepada pelanggan baru. Charterprime juga menyediakan perisian yang unik untuk Broker Pengenal bagi menjalani analisis yang menyeluruh tentang pelanggan-pelanggan dan aliran pendapatan mereka.

Pengiraan bayaran komisen serta-merta.

Tiada keperluan jumlah awal minimum.

Tiada keperluan jumlah pelanggan minimum.

Latihan dan akses kepada pengurus akaun yang berdedikasi.

Program Label Putih

白标方案

Charterprime menawarkan solusi label putih yang menyeluruh. Pakej yang kami tawarkan bukan sekadar pakej yang standard, malah mengandungi pakej perisian proprietari yang direka untuk menambah baik platform MetaTrader.

Tambahan itu, perisian yang ditawarkan boleh disesuaikan mengikut keperluan anda. Pelanggan Label Putih juga bermanfaat daripada hubungan kami dengan institusi-institusi pembekal kecairan (liquidity provider) yang besar. Charterprime menawarkan perkhidmatan bespoke forex dan kecairan CFD yang direka untuk memenuhi keperluan pelanggan broker kami.

Pasukan sokongan kami beroperasi 5 hari seminggu, 24 jam setiap hari, untuk memberikan pertolongan apabila diperlukan. Kami memastikan bahawa pelanggan Label Putih kami mendapat servis yang tidak tertandingi.

Toolkit Broker Pengenal

Toolkit broker kami adalah perisian proprietari unik yang dibina dan direka untuk memperkembangkan bisnes anda dan mengurus pendapatan rebat

Kepelbagaian Perisian Pemasaran
Sebagai Broker Pengenal Charterprime, anda boleh mengakses pelbagai perisisan pemasaran untuk memperkembangkan bisnes anda:
  • Panduan pemasaran FX Charterprime membolehkan anda mendapatkan pemahaman yang lebih lanjut tentang pasaran forex, corak operasi forex, prospek masa depan forex dan pematuhan mengenai pemasaran produk forex.
  • Iklan, risalah dan banner yang direka dan disesuaikan untuk acara anda.
  • Hadiah percuma, set alat tulis, dan alat-alat lain oleh Charterprime untuk mewujudkan kesedaran jenama bisnes anda.
  • Pasukan eksekutif Charterprime juga boleh menghadiri acara anda untuk memberi presentasi atau ucapan.
Sokongan yang Tidak Tertandingi
Charterprime memberi sokongan kepada Broker Pengenal melalui platform yang senang diguna supaya broker boleh mendapatkan maklumat transaksi dan analisis perdagangan dengan mudah.
  • Menyediakan alat pengurusan masa nyata untuk pemantauan akaun pengguna baru dan status pelanggan baru.
  • Memudahkan proses pembukaan akaun.
  • Sokongan 24/5 melalui telefon, Skype, WhatsApp, QQ and live-chat.
  • Berita terkini dan alat analisis data untuk memastikan pelanggan-pelanggan anda termaklum.
Penceramah yang berpengalaman dan latihan bagi para broker
Di Charterprime, forex bukan sekadar pelaburan jangka pendek. Dengan itu, Charterprime bukan sahaja menyediakan alternatif untuk mendapat keuntungan, malah juga menyediakan peruntukan latihan profesional untuk memastikan anda terlatih dan terus memperoleh ilmu forex dalam jangka panjang.
  • Latihan bulanan dan ceramah daripada penceramah yang berpengalaman dalam industri forex.
  • Latihan dan kelas pemasaran percuma.
Seminar, Webinar dan Pembentangan yang Profesional
Charterprime akan membantu anda memperkembangkan bisnes anda dengan menyediakan kakitangan eksekutif, pembentang dan pendidik yang berpengalaman bagi acara dan webinar anda.
  • Seminar dalam talian (webinar) forex yang bertujuan mendidik para pelabur tentang cara-cara menganalisis pasaran.
  • Penceramah yang berkaliber boleh dijemput untuk berkongsi pandangan tentang industri kewangan dan membantu menjalani analisis tentang pergerakan pasaran.
  • Platform perbincangan yang disertai 30 hingga 100 peserta di rangkaian sosial untuk membina komuniti pelabur yang aktif.
  • Veteran, penulis kewangan dan pasukan eksekutif Charterprime boleh menyertai acara-acara anda untuk memberi pembentangan dan mengemukakan pandangan mereka tentang institusi kewangan pada masa kini, kecairan di pasaran FX dan pergerakan pasaran FX.

TOP