Misi & Visi

VISI

Dengan pengetahuan dan pengalaman bertahun-tahun dalam perdagangan matawang asing (FOREX) dan produk kewangan, Charterprime benar-benar memahami keperluan setiap pelanggan. Demi mewujudkan keadaan perdagangan yang meyakinkan bagi para pelabur dan pedagang, Charterprime telah mendirikan sesuatu pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar industri yang sentiasa mengutamakan pelanggan.

MISI

Charterprime menyediakan sebut harga langsung dan mengemaskinikan berita pasaran dengan kerap. Kami sentiasa memantau, menyelenggara, dan merancang penyelesaian / solusi kami bagi memastikan ia relevan bagi menghadapi cabaran perdagangan dalam pasaran kewangan. Dengan ketabahan pasukan kami, Charterprime telah membentuk hubungan yang lebih erat dengan beberapa pembekal kecairan utama dalam pasaran, untuk memastikan kecairan platform kami berada pada tahap yang optimum. Pasukan kami adalah yang tercemerlang dalam penyelidikan pasaran dan perlombongan maklumat, dan kami berbangga atas penawaran spread kami yang sungguh berdaya saing, dengan harga yang amat telus. Tambahan pula, pelaksanaan pesanan pelanggan pada platform kami adalah sangat cepat, dan kelebihan ini menjadikan kami antara platform perdagangan yang paling dipercayai.

TOP