Kelebihan Charterprime

Charterprime diterima baik dalam kalangan pelanggan kami dan dianggap sebagai broker yang dipercayai, kerana menggunakan model STP (Straight-Through-Processing)

Kami memberi akses pasaran langsung kepada pelbagai pasaran kewangan global kepada pelanggan kami. Charterprime juga membekalkan kecairan yang berdaya saing di peringkat global, spread yang kompetitif, dan pelaksanaan yang pesat.

Kami bukan sahaja ingin berurusan dengan mereka yang memerlukan perkhidmatan kami, kami juga ingin berurusan dengan mereka yang mempunyai nilai yang selaras dengan kami. Kami ingin menjadikan pelanggan kami sebagai rakan kongsi berjangka panjang.

Spread yang Ketat, Kecairan yang Tinggi

Charterprime mempunyai rakan kongsi pembekal kecairan yang jangka panjang dan mempunyai hubungan yang baik dengan institusi-institusi besar di industri untuk menyediakan kecairan yang luar biasa. Kami menawarkan sebut harga yang tepat, sambil mengekalkan kecairan yang tinggi untuk saiz pesanan yang lebih besar.
Sebut harga atas platform dagangan kami mengandungi pembekal kecairan yang dipilih, sama ada secara pengagregatan, atau secara STP penuh. Pihak-pihak lain yang terlibat dalam sebut harga termasuk:

  • Prime Brokers (seperti Goldman Sachs, Barclays Bank, JP Morgan dll.);
  • Prime of Prime Brokerages;
  • Kecairan Alternatif (seperti Dark Pool Liquidity).

Pengalaman Perdagangan yang Luar Biasa

Kami berusaha untuk memenuhi keperluan perdagangan seperti saiz, jumlah dan sekuriti pelanggan melalui kecairan yang mendalam dan spread yang kompetitif. Tawaran Straight-Through-Processing (STP) kami menghantar pesanan terus daripada pelanggan kepada pembekal kecairan kami secara automatik, tanpa meja urusan (No Dealing Desk). Ia memastikan bahawa pesanan diproses serta-merta, tanpa kelewatan dan sebut harga semula. Ia juga mengelakkan konflik kepentingan antara broker dan pelanggan.

Penyelesaian Pembiayaan

Penyelesaian pembiayaan yang ditawarkan oleh Charterprime membolehkan semua pelanggan, sama ada pelanggan retail atau institutional, untuk menguruskan dana mereka dengan mudah.

Sekuriti Dana

Kami berusaha untuk memastikan keselamatan dana pelanggan dan memberi keyakinan kepada pelanggan di seluruh dunia, bahawa dana mereka telah selamat ditempatkan di dalam akaun pelanggan yang berasingan.

Bantuan Profesional

Charterprime melatih Pengurus Akaun eksklusif yang berperanan untuk memberikan nasihat profesional dan bantuan untuk pertanyaan kepada pelanggan-pelanggan Charterprime. Pengurus Akaun kami mempunyai pengalaman dan pengetahuan perdagangan yang luas mengenai instrumen-instrumen kami. Mereka mampu membuat peruntukan bagi laporan perdagangan secara terperinci dan mampu menjalani analisis yang berkaitan dengan pesanan perdagangan anda.

TOP